CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 12 August 2009

Pokok Bunga Kek Kembung

Pokok Bunga Kek kembung juga digelar Pokok Bunga Pacar. Pokok ini mempunyai kelopak bunga yang berlapis-lapis dan berwarna cantik. Pokok ini boleh dibuat pacar atau inai.

Pokok Bunga Nasib Laki


Pokok Bunga Nasib Laki atau Bunga Tagoli merupakan pokok yang jarang kali berbunga berbanding pokok bunga nasib bini. Pokok Bunga Nasib Laki mempunya daun yang bulat (seperti dalam gambar) manakala pokok bunga nasib bini mempunyai daun yang bujur. Kedua-dua jenis pokok ini mempunyai warna bunga yang puith. Di gelar Bunga Nasib Laki adalah kerana kejarangan pokok ini berbunga dan apabila berbunga bernasib baiklah si pemiliknya.

Pokok Bunga Cempaka Cina

Pokok Bunga Cempaka Cina dikenali juga dengan nama 'Adenium Arabicum' atau "Desert Rose' dalam bahasa Inggeris. Pokok ini mempunyai bunga yang sangat menarik dan cantik. Pokok ini boleh ditanam melalui keratan batang dan juga biji benih.

Pokok Bunga Kembang Seribu


Pokok Bunga kembang Seribu atau 'Hydrangea' dalam bahasa Inggeris mempunyai bunga yang cantik dan unik. Warna bunganya sentiasa berubah-berubah dari masa kesemasa. Perubahan bunga ketara dari mula berputik seperti berwarna hijau muda, akan berubah warna biru muda dan seterusnya akan bertukar menjadi warna merah jambu muda dan merah jambu cerah. Pokok ini boleh bertahan lama sehingga empat kelima bulan.

Tuesday 11 August 2009

Pokok Bunga Bekawali

Pokok Bunga Bekawali juga dikenali dengan nama Pokok Bunga Raja. Pokok bunga ini juga unik kerana bunganya hanya kembang pada malam hari tepat jam 12.00 malam selama 3 jam.

Pokok Bunga Jepun



Pokok Bunga Jepun adalah tumbuhan hiasan taman bunga. Tumbuhan ini mempunyai beberapa warna seperti warna ungu, merah jambu, merah, jingga dan kuning. Mempunya kelopak berlapis-lapis yang menambahkan seri bunga ini. Penamanan bunga ini, adalah dari biji benih.

Pokok Bunga Mawar


Pokok Bunga Mawar atau Bunga Ros adalah spesis bunga yang sangat digemari ramai. Pokok ini mempunyai duri tetapi warna bunganya sangat cantik dan menarik. Pokok ini ditanam melalui keratan batangnya.

Pokok Bunga Kaktus

Pokok Bunga Kaktus mempunyai banyak spesis dan ini adalah diantara pokok kaktus yang menjadi hiasan di rumah. Kaktus jenis ini mempunyai bunga berwarna putih dan hanya berkembang selama sehari sahaja.